Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 10 February 2017

Pelarian Muslim lari dari apa?



Baru2 ini ramai rakyat Malaysia telah berdemonstrasi dihadapan kedutaan America di KL. Mereka membantah dengan marahnya, sekatan yang America jatuhkan keatas rakyat dari 7 negara Arab. Tindakan ini, kata mereka tidak berperi kemanusiaan. Saya diberitahu bahawa sekitar 500 orang hadhir dalam demonstrasi tersebut. Kumpulan tunjuk rasa itu termasuklah anggota parti politik dan NGO.
Di Amerika sendiri, golongan yang tunjuk rasa memprotes perintah eksekutif Trump semakin ramai. Alasan mereka ialah ini menyekat mereka yang tidak bersalah lari dari kerajaan2 yang ganas, lari dari perang saudara, lari dari keadaan yang tidak selamat. Mereka kata- satu hari pun boleh menyelamatkan mereka yang tidak berdaya- kanak2, perempuan dan orang tua. Obama sebagai contoh membenarkan 10,000 pelarian dari Syria masuk ke Amerika untuk membina kehidupan baru.
Sekatan Trump ini bersifat sementara- beroperasi selama 3 bulan sementara Amerika mencari system dan teknoloji penyaringan/screening yang lebih baik.  Mungkin fakta ini diketepikan.
Histeria yang ditunjukkan, tidak mudah difahami. Amerika terutama nya disebut sebagai negara setan besar tapi negara inilah, tempat ramai setan2 dianggap sebagai syurga dunia oleh pelarian dari negara2 Arab. Kenapa? Kenapa mereka tidak lari masuk kedalam negara2 Arab sendiri dan mengapa mahu pergi ke negara2 bukan Muslim?
Fakta yang tidak dapat dibenamkan dan dielak oleh pemimpin2 negara Muslim termasuk Malaysia ialah, orang akan pergi kenagara yang mereka mampak berjaya, lebih demokratik, memberi mereka peluang mengukir kehidupan yang lebih baik. Sedangkan negara2 yang melaung laungkan membangun bersama Islam, hanya menjerit slogan kosong sahaja. Slogan kosong dan pencapaian juga turut kosong.
Saya tidak akan membicarakan kebaikan dan keburukan keputusan negara Amerika tersebut. Setiap negara akan lakukan apa sahaja langkah untuk melindungi keselamatan fisikal rakyat nya. Tindakan ini dilakukan sejak lama sudah dalam sejarah dunia. China membina tembok besar untuk menyekat serangan dari puak2 Mongol dan lain2 untuk melindungi rakyat nya. Presiden Trump pula membangunkan tembok besar undang2 untuk menyekat kemasukan pengganas2 yang secara kebetulan ramai yang berasal dari negara2 yang dikenalpasti oleh Amerika.
Negara itu melakukan apa yang President Trump fikir baik untuk melindungi rakyat nya dari terdedah kepada serangan puak pelampau yang membunuh dan mengebom orang lain. Target Trump ialah menyekat pengganas Muslim.
Saya fikir tindakan Trump menyukakan hati puak2 xenophobic dalam pentadbiran nya yang sediakala nya anti Islam.
Tindakan Trump menimbulkan pelbagai reaksi dan respons. Saya ada terbaca suatu respons dari layar maya bahawa tindakan America itu akan menyakitkan America sendiri kerana negara lain yang menyatakan solidarity kepada negara2 Arab tersebut akan menyekat import dari Amerika. Secara peribadi saya tidak fikir itu akan terjadi kerana rakyat dalam kebanyakan negara didunia ini memerlukan import dari Amerika terutama makanan. Lagi pun, secara private, saya rasa banyak negara memang mahu mengajar negara2 ini jangan menetaskan golongan pengganas dan negara2 ini patutnya melakukan lebih untuk membenteras golongan pencetus keganasan, pembunuhan dan rogol kanak2 dan wanita.
Hanya saya terfikir bahawa suatu negara yang menyakini konsep kebebasan atau freedom itu akan juga menyekat kebebasan mereka yang tidak bersalah dari negara2 yang disekat dari datang ke America. Mereka tidak bersalah. Yang salah ialah pengganas2. Bagaimana America yang dibangunkan atas idea freedom- yakni menghapuskan segala bentuk penzaliman pemerintah keatas manusia, melakukan sekatan kebebasan keatas rakyat lain? Masyarakat Amerika tidak beroperasi atas idea menyekat orang yang tidak bersetuju dengan nya mesti dikeluarkan. Jadi bagaimana mahu mencari titik rekonsiliasi?
Saya berfikir, mungkin Amerika mengingatkan mereka yang tidak bersalah itu, sebagai collateral damage- suatu keburukan yang tidak dapat dielakkan
Saya hanya mahu tanya, mengapakah rakyat yang marah dan bermata ganas dari negara2 ini mahu masuk ke Amerika atau negara2 barat yang lain yang tidak mengamalkan agama Islam? Kenapa mereka tertarik mahu pergi kenegara2  ini, menikmati layanan ketuanrumahan yang baik, diberi pula kebajikan dan perlindungan undang2 , mahu meninggalkan negara mereka?
Bukankah negara mereka membangun bersama Islam, malah disebut sebagai baldatun toiyyibatun warrabbun ghafur menjadikan Islam itu pemangkin hidup seharian, dipimpin pula oleh khalifah2 yakni bayangan Allah dimuka bumi, dan lain2 lagi gelaran, merupakan negara2 yang diredhai oleh Allah? Mengapa mereka mahu tinggalkan negara2 ini dan membawa budaya membunuh orang lain yang mempuyai sikap dan pendirian yang berlainan? Tiba2 mereka mendapat ilham dari suara ghaib, bahawa negara yang menjadi tuan rumah kepada mereka, durhaka kepada Allah dan mereka melakukan pembunuhan dan kekejaman?
Dalam kes ini mengapa mahu pergi ke America- negara setan besar?
Mereka pergi ke America untuk mengukir kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka dan anak2 mereka. Mereka mahu lari dan bebas dari pemerintah yang zalim dan menindas. Bebas bukan bukanlah berertii bebas melakukan apa sahaja termasuk yang tidak bermoral- bebas yang kita maksudkan ialah bebas dari cengkaman pemerintah yang zalim, dan yang menindas dan mengganasi rakyat.
Amerika seperti kebanyakan negara2 barat mempunyai system pemerintahan yang berbeza. Ia digelar sebagai demokrasi dan mungkin ini tersangat asing kepada bangsa2 yang selama hiudp dibawah rejim kuku besi yang berselindung disebalik label Islamik. Sedangkan sebetulnya, system pemerintahan dalam negara2 mundur ini mengamalkan variasi ketuanan bangsa dan ketuanan Islam.


1 comments:

Anonymous,  10 February 2017 at 19:27  

Sila terjemahkan ini dalam bahasa ingris. Ini patut dibaca olih semua yang menetang President Trump. TK.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP